Welcome to Premier4Him ...
+6012-662 5552 ...
contactus@premier-clinic.com ...

Rawatan Tanam Rambut Di Malaysia – Cara, Kos, Tempat & Langkah Penjagaan

Rawatan Tanam Rambut Di Malaysia – Cara, Kos, Tempat & Langkah Penjagaan

PERSIAPAN KAWASAN PENDERMA (belakang kepala)

Anda ada masalah keguguran rambut?
Rambut sudah banyak gugur sampai hampir botak?
Pernah berfikir tentang tanam rambut tapi takut?

Rawatan tanam rambut atau “hair transplant” adalah solusi terakhir untuk mereka yang menghadapi masalah rambut gugur yang kronik.  Hasilnya nampak natural, tumbuh lebat dan lebih cepat berbanding alternatif yang lain. 

Rawatan tanam rambut bermakna anda mengambil rambut sendiri daripada kawasan yang rambut lebat (biasanya di belakang kepala) ke kawasan yang kurang rambut. Kadar keberjayaan (success rate) penanaman rambut adalah lebih tinggi dari cara lain, menjadikannya popular. 

Beberapa selebriti tanah air seperti Riz Aman, PU Riz, Joey Rahman, Along Cham, dan Aliff Aziz adalah contoh artis popular yang telah menjalani rawatan tanam rambut ini. 

Rawatan Tanam Rambut Di Malaysia


SIAPA CALON YANG SESUAI UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT?

SIAPA CALON YANG SESUAI UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT?

Rawatan tanam rambut boleh dilakukan untuk mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang berisiko tinggi seperti diabetes, HIV, dan masalah jantung. Biasanya, orang yang inginkan rawatan tanam rambut menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk seperti: 

  • Alopecia areata (rambut gugur secara berkelompok)
  • Kebotakan corak lelaki (bercorak M, U atau O)
  • Kebotakan corak perempuan (garis rambut atau garisan pembahagi) 
  • Rambut nipis secara semulajadi 
  • Garis rambut yang tinggi (dahi luas)
  • Parut atau luka kebakaran di kepala
  • Kening nipis atau inginkan kening lebih tebal 
  • Janggut atau misai yang nipis dan mahukan lebih tebal

BAGAIMANA RAWATAN TANAM RAMBUT DILAKUKAN? 

BAGAIMANA RAWATAN TANAM RAMBUT DILAKUKAN?

Rawatan tanam rambut terbahagi kepada 6 bahagian:

KONSULTASI KONSULTASI

KONSULTASI 

Rawatan tanam rambut bermula dengan sesi konsultasi dengan doktor kami yang berkelayakan. Jika anda disahkan sihat dan sesuai untuk proses tanam rambut, anda akan diminta untuk mengosongkan jadual kerana proses seterusnya mengambil masa sehingga 6 jam. 

REKA BENTUK REKA BENTUK

REKA BENTUK 

Semasa proses ini, doktor akan meminta anda untuk menyatakan rekabentuk rambut/misai/kening/janggut yang anda inginkan. Fasa ini adalah penting kerana ini akan menjadi bentuk rambut anda selepas prosedur. Doktor akan membuat tanda (marking) untuk memastikan penanaman rambut adalah seperti yang anda inginkan. 

PERSIAPAN KAWASAN PENDERMA (belakang kepala) PERSIAPAN KAWASAN PENDERMA (belakang kepala)

PERSIAPAN KAWASAN PENDERMA (belakang kepala)

Kawasan penderma adalah daripada kawasan yang mempunyai banyak rambut yang sihat. Selalunya, calon akan memilih kawasan di belakang kepala kerana jumlah rambut lebih banyak dan lebih senang untuk diuruskan (mencuci luka, rawatan dll). Sebelum proses ini bermula, kami akan mencukur kawasan ini sehingga hanya 1mm rambut anda kelihatan. Semasa proses ini, kepala anda akan disuntik dengan ubat bius supaya anda tidak akan merasa apa-apa sepanjang prosedur berlangsung. 

Doktor juga akan mengeluarkan 2 tiub darah anda untuk diproses kepada ‘platelet-rich plasma’ yang boleh meningkatkan kadar kelangsungan hidup akar rambut. Langkah ini adalah penting dalam proses seterusnya. 

PENGELUARAN AKAR RAMBUT PENGELUARAN AKAR RAMBUT

PENGELUARAN AKAR RAMBUT 

Kemudian, sebuah alat istimewa akan digunakan untuk mengekstrak keluar akar rambut, satu demi satu. Jika rambut yang ingin ditanam ialah 1000, maka doktor akan mengeluarkan 1000 helai rambut dari kawasan belakang kepala ini. Semua ini akan dilakukan dengan teliti supaya tiada perkara yang diinginkan berlaku. 

Setelah akar rambut dikeluarkan, ianya akan diletakkan  dalam ‘platelet-rich plasma’ yang dikeluarkan sebentar tadi. Dalam fasa ini, akar rambut boleh hidup 5-6 jam. 

PERSIAPAN KAWASAN PENERIMA PERSIAPAN KAWASAN PENERIMA

PERSIAPAN KAWASAN PENERIMA 

Seterusnya, kawasan penerima akan disuntik dengan ubat bius untuk mengurangkan rasa tidak selesa. Doktor akan mencucuk kawasan ini untuk membuat lubang yang akan diletakkan akar rambut. 

PENANAMAN RAMBUT PENANAMAN RAMBUT

PENANAMAN RAMBUT 

Akhir sekali, akar rambut yang dikeluarkan tadi akan ditanam 1-1 ke dalam lubang yang telah disediakan. Proses ini akan mengambil masa 3-4 jam bergantung kepada jumlah rambut yang ingin ditanam.

Jangan risau, proses tanam rambut tidak menyakitkan. Malah, doktor akan selalu bertanya anda jika ada rasa sakit. Jika ada, doktor akan menambah lagi ubat bius supaya anda dapat menjalani prosedur dengan selesa. 


KOS RAWATAN TANAM RAMBUT 

KOS RAWATAN TANAM RAMBUT

Dalam pasaran semasa, kos rawatan tanam rambut adalah dari RM8 – RM18 sehelai rambut. Di Premier Clinic, harga yang kami tentukan adalah RM5/sehelai untuk membantu lebih ramai orang menyelesaikan masalah rambut gugur. 

Walaupun kami menawarkan harga yang murah, namun kualiti perkhidmatan kami tetap berkualiti.  

Malah, kami adalah penerima anugerah TOP HAIR TRANSPLANT PROVIDER ASIA PACIFIC pada tahun 2019, mengalahkan klinik-klinik lain di Singapura, Australia, Thailand dan Indonesia. Kami juga menerima anugerah antarabangsa dari HARPER’S BAZAAR MEDICAL AESTHETIC AWARD 2019 untuk ‘BEST HAIR LOSS TREATMENT 2019’

KOS RAWATAN TANAM RAMBUT KOS RAWATAN TANAM RAMBUT


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN / PENJAGAAN SEBELUM MELAKUKAN RAWATAN TANAM RAMBUT 

Sebelum anda menjalani proses tanam rambut, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. 

Rawatan tanam rambut memerlukan 2 minggu untuk pulih

Kawasan penderma memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pulih sepenuhnya. Dalam tempoh masa ini, anda dinasihatkan untuk menjaga kulit kepala dengan baik, dan elakkan dari aktiviti yang mendedahkan kulit kepala dengan jangkitan kuman. Aktiviti seperti berenang dan sukan yang berat sehingga menyebabkan peluh haruslah dielakkan. 

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, kami akan membekalkan anda dengan krim anti-kuman. 

Rawatan tanam rambut memerlukan 2 minggu untuk pulih Rawatan tanam rambut memerlukan 2 minggu untuk pulih

Rambut yang ditanam akan gugur 

Dalam 3 minggu pertama selepas rawatan, sebahagian rambut akan gugur sementara. Tapi jangan risau, hanya bahagian atas rambut yang gugur, meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut ini akan menggalakkan penumbuhan anak rambut yang lain. Hal ini adalah sangat normal. 

Dapatkan rawatan daripada klinik yang berdaftar dan doktor yang berpengalaman

Masakini, banyak pusat kecantikan menawarkan rawatan tanam rambut pada harga yang sangat murah. Namun, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dari doktor profesional untuk rawatan ini supaya dapat mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku. 

Antara risiko jika rawatan dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah ialah ubat bius akan teralih ke kawasan lain, menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah, dan darah beku. 


HUKUM RAWATAN TANAM RAMBUT DALAM ISLAM 

Majlis Fatwa Islam pada tahun 2011 telah menjelaskan perihal Hukum Rawatan Tanam Rambut dimana ianya adalah HARUS selagi menggunakan rambut sendiri dan tidak melibatkan barang-barang yang terlarang. 

Jadi, umat Islam boleh melakukan rawatan tanam rambut ini tanpa ragu-ragu. 

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1434-irsyad-al-fatwa-ke-150-hukum-menjual-menderma-dan-menanam-rambut


TEMPAT UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT 

TEMPAT UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT  TEMPAT UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT

Premier Clinic menawarkan rawatan tanam rambut dengan tempat yang selesa, dan harga yang amat berpatutan. Doktor dan ahli kumpulan Tanam Rambut kami adalah terlatih dan bersedia untuk membantu anda mendapatkan rambut yang anda inginkan. 

Jika anda berminat atau ada apa-apa persoalan mengenai rawatan ini, sila hubungi kami di nombor yang tertera di bawah. Kami sedia untuk menjawab persoalan anda dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam. 

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Telefon : +6012-662-5552
Email: contactus@premier-clinic.com


APA KATA PELANGGAN KAMI

APA KATA PELANGGAN KAMI

“Saya mengalami masalah rambut gugur ni dari umur 20-an lagi. Bila masuk umur 30, saya dah botak di tengah. Puas dah saya cari rawatan lain, tapi semuanya tak berguna. Alhamdulillah, lepas buat rawatan tanam rambut ni, rambut saya dah makin lebat macam asal. Dah nampak lebih handsome!”
Amin M, 32

APA KATA PELANGGAN KAMI

“Sebelum ni saya rasa kurang keyakinan diri bila orang kata rambut saya gugur, muka saya dah macam orang tua. Memang bila tengok dalam cermin pun saya nampak tua dari umur asal. Akhirnya saya kumpul duit dan pergi ke Premier Clinic. 1 treatment je, sekarang saya nampak lebih muda. Haha…. Siapa yang nak try tu boleh lah. Recommend sangat.”
Big E, 26

APA KATA PELANGGAN KAMI

“Saya start gugur rambut ni bila berlakon banyak telemovie. Semua kena pakai macam-macam produk rambut. Akhirnya rambut saya jadi semakin kurang. Bila Premier Clinic kata ada solution, saya pergi lah try. Alhamdulillah, memang menjadi. Staff oun friendly, doktor Foo pun professional. Yang paling penting, result sangat ok! ”
Adrian, 37


Rujukan:

  1. https://premier-clinic.com/our-services/fue-hair-transplant-bf/
  2. https://premier-clinic.com/skin-and-body-problems/hair-loss-in-men-women-causes-symptoms/
  3. https://www.healthline.com/health/does-hair-transplant-work
  4. https://www.globalhealthhair.com/advantages-hair-transplant-fue-technique/
  5. https://www.medaway.co.uk/fue-hair-transplant/
  6. https://www.bosley.com/hair-transplant/follicular-unit-extraction/
  7. https://www.hairtransplants-hdc.com/blog/item/avoiding-scarring-and-depletion-of-the-donor-in-large-fue-sessions
  8. https://www.kordhairclinics.gr/en/hair-transplantation/donor-area-recipient-area/
  9. https://drserkanaygin.com/frequently-asked-questions-fue-hair-transplant
  10. https://wimpoleclinic.com/blog/faqs-about-follicular-unit-extraction-fue-hair-transplants/
  11. https://bhrclinic.com/fue-donor-management-harvesting-protocol/
  12. https://theidleman.com/blogs/life/do-hair-transplants-really-work-10-facts-you-need-to-know
  13. https://www.hshairclinic.co.uk/hair-loss-treatment/fue-hair-transplant/
  14. https://solveclinics.com/what-is-the-recovery-like-after-a-fue-hair-transplant/
  15. https://www.healthline.com/health/alopecia-areata#types

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *