BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

rawatan zakar melancap

Pernah dengar apa itu melancap? Melancap atau mungkin lebih dikenali sebagai onani atau masturbasi ini sebenarnya perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu (orgasm). Aktiviti melancap ini dilakukan secara berseorangan atau solo. 

 

Ha, yang ini pula, pasti ramai yang tahu apa itu mati pucuk? Mati pucuk atau dalam istilah perubatannya, Erectile Dsyfunction (ED), ialah masalah ketidakmampuan seorang lelaki untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi yang cukup kukuh sehingga ke akhir aktiviti seks.

 

Masalah lelaki ini antara perkara yang paling dibimbangi dan juga ditakuti oleh kaum adam tidak kira umur dan juga bangsa kerana ia akan memusnahkan kehidupan seksual mereka.

Rata-rata, pasti ada kaum lelaki diluar sana yang ingin tahu – ‘Kalau “di sana” susah nak naik’, masih mampu ke beronani untuk memuaskan nafsu’? dan, adakah terdapatnya rawatan ED untuk mengatasi masalah ereksi ini? Artikel kali ini akan menjawab teka-teki ini.

 

SEKARANG MATI PUCUK TAPI KEINGINAN UNTUK MEMUASKAN NAFSU BELUM MATI?

Kajian di Malaysia menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk. Sahabat anda, rakan sepejabat, geng badminton anda, mahupun diri anda sendiri yang mungkin terjebak dalam angka ini. Siapa tahu? Hanya anda yang lebih tahu… 

Namun, ramai yang tidak mahu dan malu untuk membincangkan perkara ini atau mengaku melakukan onani sebab mereka mungkin berasa malu. Biasalah kan, ia adalah sesuatu yang amat peribadi dan sulit. 

Kalau ditanya, masih bolehkah seseorang dengan mati pucuk lelaki itu melancap, jawapannya, “Jangan bimbang, bro, anda masih mampu”. 

Lelaki yang mengalami masalah mati pucuk mungkin masih boleh melancap walaupun ereksi mereka terhad.

Ini kerana melancap tidak semata-mata bergantung pada kekerasan ereksi, tetapi juga merangkumi aspek-aspek seperti rangsangan seksual, keinginan untuk melancap dan kepekaan alat sulit atau zakar. 

 

BAGAIMANA LELAKI DENGAN ED BOLEH MERASA ‘HIGH’?

Rangsangan seksual boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk sentuhan yang lembut, pandangan yang merangsang, fantasi seksual, atau komunikasi erotika. Rangsangan seksual memainkan peranan penting dalam membangkitkan keinginan seksual dan merangsang tubuh untuk bertindak balas secara fizikal.

Meskipun ereksi mungkin tidak mencukupi untuk aktiviti seksual penetratif, melancap masih boleh dilakukan sebagai cara untuk menikmati seksualiti dan mencapai orgasme.

Namun, salah satu miskonsepsi yang umum berkenaan dengan melancap dan masalah mati pucuk adalah bahawa melancap boleh menyebabkan atau memperburuk masalah mati pucuk.

Sebaliknya, melancap secara berhemah dan dalam kawalan dapat menjadi sebahagian daripada strategi yang sihat untuk menjaga kesihatan seksual dan mengurangkan tekanan seksual. Berikut adalah beberapa panduan untuk melancap dengan betul.

 

MAHU BELAJAR CARA MELANCAP DENGAN BETUL WALAUPUN ADA MATI PUCUK LELAKI?

  1. Berikan diri anda masa dan ruang yang mencukupi: Pilih waktu dan tempat yang sesuai untuk melancap, di mana anda dapat menikmati prosesnya tanpa tekanan atau gangguan dari luar.
  2. Rangsangan yang selesa: Pastikan anda merasa selesa dan teransang sebelum melancap. Ini boleh melibatkan membaca atau menonton sesuatu yang membangkitkan hasrat seksual anda atau fantasizing.
  3. Berfokus pada keseronokan: Ketika melancap, fokuslah pada perasaan keseronokan dan nikmat yang diberikan oleh sentuhan atau rangsangan genital anda. Elakkan daripada terlalu terfikir tentang prestasi atau tekanan untuk mencapai orgasme. 
  4. Gunakan pelincir jika perlu: Jika terdapat ketidakselesaan atau kekeringan semasa melancap, menggunakan pelincir boleh membantu meningkatkan keselesaan dan kenikmatan. 
  5. Ketahui batas diri anda: Kenalpasti tanda-tanda tubuh anda dan hentikan aktiviti jika terasa tidak selesa atau sakit. Jangan memaksakan diri untuk mencapai ereksi jika tubuh anda tidak tersedia. 

 

ED BUKAN BERMAKSU ‘END-OF-THE-WORLD’. MASIH ADA CARA RAWATANNYA 

Walaupun masturbasi adalah sesuatu yang mungkin dilakukan dan menyeronokkan walaupun dengan masalah mati pucuk, rawatan untuk masalah mati pucuk tetap menjadi pilihan.

Pilihan rawatan zakar yang sesuai untuk masalah mati pucuk termasuk ubat-ubatan, terapi, dan perubahan gaya hidup. 

Ubat-ubatan seperti inhibitor PDE5, terapi psikoseksual atau kaunseling, dan perubahan gaya hidup seperti senaman berkala, pemakanan seimbang, dan menguruskan stres adalah beberapa contoh rawatan zakar yang boleh membantu meningkatkan keupayaan seksual bagi individu yang mengalami masalah mati pucuk.

 

MAHU EREKSI YANG LEBIH ‘ON’?

Memperkenalkan Terapi Platelet-Rich Plasma (PRP) ataupun P-Shot, rawatan zakar yang terkini, melibatkan suntikan platelet daripada darah pesakit sendiri ke kawasan tertentu tubuh, termasuk zakar, untuk merangsang regenerasi tisu dan meningkatkan aliran darah. 

Dalam konteks merawat Disfungsi Ereksi (ED), terapi PRP penis bertujuan untuk menyegarkan dan menguatkan tisu-tisu zakar, yang berpotensi menghasilkan ereksi yang lebih keras dan meningkatkan fungsi seksual. Pendekatan inovatif ini menawarkan alternatif yang menjanjikan bagi individu yang mencari penyelesaian bukan pembedahan untuk mengatasi ED dan meningkatkan kesihatan seksual keseluruhan mereka.

 

NAMUN, TAHUKAH ANDA APA LAGI YANG PENTING BAGI LELAKI DENGAN MASALAH ED?

Bagi pasangan di mana lelaki mengalami ED, komunikasi terbuka atau open communication sesama pasangan seksual dalam menghadapi cabaran seksual bersama-sama adalah penting, jangan tak ambil kisah ya.

Berbincang secara jujur tentang ED boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan kefahaman di antara pasangan. 

 

JANGAN SYOK SENDIRI, STIMKAN PASANGAN ANDA JUGA – HAPPY WIFE, HAPPY YOU!

Sudah tentu kami boleh membantu anda. Dapatkan rawatan PRP penis atau rawatan zakar yang lain seperti filler penis daripada doktor-doktor  kami yang terlatih serta berpengalaman di Premier4Him, klinik pakar lelaki popular di Malaysia. 

Kami juga terkenal sebagai klinik besarkan zakar yang menawarkan pelbagai rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri lelaki. Kami juga menyediakan perkhidmatan transplant rambut bagi mereka yang ingin mendapatkan rambut yang lebih lebat dan sihat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sunat klamp kami yang tanpa jahitan dan tanpa rasa sakit.

Dengan mendapatkan rawatan zakar dari doktor yang terlatih dan bertauliah serta perkhidmatan dari klinik yang berdaftar, anda boleh merasai keseronokan yang tidak terhingga! Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini dan bagaimana kami boleh membantu anda mencapai kesejahteraan yang anda impikan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang prosedur ini, sila hubungi klinik pakar lelaki kami di:

Whatsapp: https://wa.me/60106621332
Call: +6010-662-1332
Email: contactus@premier-clinic.com

 

REFERENCE

https://www.premier-clinic4him.com/bm/rawatan/penambahbaik-zakar-prp-zakar/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Whatsapp