Cara-Cara Rawatan Estetik Kami Boleh Membantu Dengan Transplantasi Rambut Lelaki Di Kuala Lumpur

Cara-Cara Rawatan Estetik Kami Boleh Membantu Dengan Transplantasi Rambut Lelaki Di Kuala Lumpur

SEMUA manusia dilahirkan dengan kelebihan dan keunikan tersendiri.

Namun, tidak dapat dinafikan, perasaan ‘insecure’ atau tidak yakin dengan diri sendiri pasti terbit dalam diri, apabila setiap kali memandang cermin, rasa rambut semakin menipis, wajah terlihat tua walaupun baru 30-an.

Apatah lagi rasa ‘jealousnya’ melihat insan lain dengan rambut yang lebat, sihat lagi bersinar.

Tahukah anda bahawa kondisi rambut anda mampu mengubah penampilan anda secara keseluruhan? Ya, gaya rambut yang salah, lebih teruk lagi botak di depan atau rambut gugur akan membuat tampilan muka menjadi lebih tua dari umur sebenarnya.

KENAPA RAMBUT BOLEH GUGUR? 

Berikut antara punca rambut gugur lelaki:

Genetik

Alopecia androgenetik ataupun penipisan rambut secara beransur-ansur pada bahagian atas kepala merupakan punca keguguran rambut paling biasa pada lelaki. Ia biasanya dicetuskan oleh gen ibu bapa dan biasanya bermula pada usia akhir remaja hingga awal 20-an. Menjelang usia 50 tahun, kira-kira 50% lelaki akan mengalami sejumlah tahap kebotakan pola lelaki. 

Isu Kesihatan

Keguguran rambut sementara boleh menjadi tanda ataupu kayu ukur  masalah perubatan seperti anemia atau masalah tiroid. Diet rendah protein dan zat besi juga boleh menyebabkan rambut menipis. 

Risiko keguguran rambut adalah lebih tinggi jika anda menghidap diabetes atau lupus.

Stres Fizikal dan Mental

Selain pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk, tekanan emosi seperti masalah kerja atau masalah hubungan dengan rakan sekerja yang menyebabkan seseorang itu kecewa, marah, sedih atau putus harapan juga berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut.

 

RISAU RAMBUT MAKIN MENIPIS?

Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi kalangan individu yang masih muda. Lebih teruk lagi, rambut yang gugur mampu membuatkan kita hilang keyakinan diri.

Tengah cari klinik lelaki transplantasi rambut di Kuala Lumpur? Usah risau. Klinik kami ada banyak rawatan estetik untuk rambut anda supaya jadi double handsome dan double cool

Berikut antara jenis kaedah rawatan rambut gugur lelaki untuk masalah kebotakan atau penipisan yang anda boleh cuba!

1. Pemindahan Rambut FUE (Follicular Unit Extraction)

Operasi transplantasi rambut ini yang cukup popular dalam kalangan selebriti Malaysia mahupun selebriti berkelas dunia seperti Elon Musk dan Brad Pitt. Ia dilakukan dengan memindahkan folikel rambut dari kulit kepala yang memiliki pertumbuhan aktif ke kawasan botak atau kulit kepala lain yang sedang mengalami masalah penipisan rambut. 

Satu sesi operasi rawatan estetik FUE secara umumnya akan memindahkan anak rambut  yang terdapat sekitar 10-60 folikel rambut. Dalam waktu 2-3 minggu setelah operasi tanam rambut, rambut di kawasan penanaman folikel baru akan gugur dan rambut baru akan tumbuh sekitar 6 bulan kemudian. Pada masa itu, rambut anda akan menjadi lebih tebal, masalah botak berkurang dalam masa yang sama prosedurnya sangat efektif dan selamat.

2. PRP Rambut (Platelet-Rich-Plasma) 

PRP rambut adalah rawatan di mana darah pesakit diambil, diproses untuk mengumpulkan platelet yang kaya dengan faktor pertumbuhan, dan kemudian disuntik semula ke kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut baru dan membantu dalam merevitalisasi folikel rambut.

3. Pencegahan Kebotakan Rambut (Terapi Exosome)

Terapi Exosome merupakan rawatan suntikan pada kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut, sesuai bagi lelaki yang mengalami kebotakan rambut jenis male pattern baldness, atau rambut gugur. 

Berbeza daripada PRP yang menggunakan darah pesakit sendiri untuk diproses bagi mengumpulkan platelet, exosome ialah hasil makmal dan tidak memerlukan sebarang pengambilan darah daripada pesakit.

4. Penambahbaik Pertumbuhan Rambut (Cecair Filler Rambut)

Ini merupakan rawatan untuk mengembalikan atau meningkatkan kepadatan rambut dengan menyuntikkan cecair khas ke kulit kepala. Filler ini mengandungi asid hyaluronik yang bertujuan untuk memberi kesan penuaan semula jadi kepada rambut, memberikan kilauan yang lebih baik, membuat rambut kelihatan lebih penuh dan sihat, serta membantu dalam merawat masalah rambut nipis.

5. Perangsang Folikel (Laser Pertumbuhan Rambut)

Terapi ini dilakukan dengan cara menembakkan sinar laser ke area yang botak untuk merangsang pertumbuhan rambut. Cahaya laser ini dapat merangsang folikel rambut dan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut. Ini boleh membantu mendorong pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan mencegah keguguran rambut lebih lanjut. 

6. Mesoterapi Rambut

Mesoterapi rambut ialah prosedur yang menyuntikkan campuran nutrisi seperti vitamin, mineral, asid amino ke bahagian kulit kepala yang mengalami masalah kebotakan atau penipisan rambut. Ia bertujuan untuk menyuburkan folikel rambut dan merangsang pertumbuhan rambut.

CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR MELALUI TIPS GAYA HIDUP

1. Urutan lembut di kulit kepala

Tahukan anda wujud banyak arteri di kulit kepala yang berfungsi menyalurkan darah ke folikel rambut? Apabila ia tersumbat, maka darah juga tidak dapat melalui salur ini sekaligus boleh jadi punca masalah keguguran dan kebotakan!

Maka, sila cuba mengurut kulit kepala anda dengan lembut di rumah pada waktu lapang. Hasilnya, arteri-arteri yang tersumbat itu dapat melebar dan darah mampu mengalir lebih banyak. Selain itu, urutan juga mampu menyalurkan lebih banyak oksigen yang diperlukan oleh folikel rambut untuk ia memperbaiki kerosakan sel sedia ada.

2. Diet Seimbang

Anda perlu memperhatikan jenis makanan yang anda makan kerana nutrisi berperanan penting dalam kesihatan rambut anda. Beberapa nutrisi penting untuk rambut termasuk:

      1. Zat Besi: Penting untuk mencegah anemia punca rambut gugur
      2. Biotin: Menggalakkan rambut tumbuh
      3. Protein: Memperkuat rambut dan menjaga kepadatannya

3. Penggunaan Minyak Rambut

Minyak rambut seperti minyak kelapa dikatakan dapat meningkatkan kesihatan rambut.

Mengikut kajian, asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa membantu mengikat protein dalam rambut, melindunginya daripada pecah pada akar dan helai. Selain dari itu, mengurut minyak kelapa ke kulit kepala boleh menggalakkan pengaliran darah yang lebih baik dan membantu pertumbuhan semula.

JADI KACAK & MUDA KEMBALI DI TANGAN ANDA

Sebagai klinik rawatan rambut gugur dengan doktor pakar rambut yang amat berpengalaman dan berkelayakan, ratusan lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut telah datang kepada kami – dengan satu harapan – Mengembalikan rambut mereka, dan menjadikan mereka double handsome, double cool, dengan penuh keyakinan diri.

Jangan lupa bahawa Premier4Him juga menyediakan pelbagai perkhidmatan estetik lelaki seperti rawatan zakar lemah, sunat klamp, dan vitamin untuk rambut gugur. Kami berdedikasi untuk membantu anda mencapai kesihatan dan penampilan terbaik. 

Bila turn anda? Sekiranya berminat, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pilihan rawatan rambut gugur lelaki , kos rawatan rambut gugur serta kelebihan bagi setiap rawatan yang ada.

WhatsApp: https://wa.me/60106621332
Hubungi: +6010-662-1332 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

RUJUKAN

Tags: , , , , , ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Whatsapp