Penyebab Kehilangan Rambut Lelaki: 5 Faktor Penting yang Perlu Diketahui

Penyebab Kehilangan Rambut Lelaki: 5 Faktor Penting yang Perlu Diketahui

rambut rawatan gugur lelaki

Syoknya mandi dengan air sejuknya ditambah lagi dengan cuaca yang agak panas sekarang, akan tetapi syok tu selalunya bertukar menjadi sayu bila tengok dekat bilik air tu, banyak betul rambut gugur lepas mandi!OMG!

Kadang-kadang sampai sikat pelahan-lahan sebab takut nak tengok banyak rambut yang melekat pada sikat. 

Tidak perlu dipertikaikan lagi, anda pastinya susah hati apabila masalah keguguran rambut makin teruk dari hari ke hari bukan? 

Masalah rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi kalangan individu yang masih muda.

Sebelum kita menyelami dengan lebih mendalam punca rambut gugur teruk, penting untuk anda tahu, kenapa kami berminat untuk mengupas isu ini dengan lebih terperinci.

PENTINGKAH MEMAHAMI PUNCA KEGUGURAN RAMBUT PADA KAUM LELAKI?

Ya sangat penting. Pertama, ia membolehkan anda mengenal pasti punca sebenar keguguran rambut anda. 

Selepas kenal pasti masalah dan punca, pastinya lebih senang kan untuk anda yang mengalami keguguran rambut untuk memilih rawatan rambut gugur yang sesuai dan berkesan.  

Penting sekali buat kaum lelaki untuk faham dan kenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut. Hal ini kerana ia sedikit sebanya membantu kaum lelaki membuat dan mentukan pilihan gaya hidup yang dapat meningkatkan kesihatan rambut secara keseluruhan. 

Tambahan pula, lebih awal anda tahu punca masalah, lebih mudah anda cari klinik rambut gugur yang pakar dalam rawatan rambut gugur lelaki, ianya mungkin mencegah atau memperlambat keguguran rambut.

APAKAH JENIS RAMBUT GUGUR ANDA? CEK SEKARANG

Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor yang menyebabkannya. 

Antara tanda-tanda dan simptom keguguran rambut termasuklah:

  1. Rambut semakin nipis sedikit demi sedikit

Jenis keguguran ini yang paling biasa berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita apabila mereka semakin berumur.

 

  1. Tompok botak di atas kepala

Tompok botak ini boleh didapati dalam bentuk bulat atau tiada bentuk jelas.

 

  1. Rambut gugur secara tiba-tiba

Jenis keguguran rambut seperti ini pada kebiasaannya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak bertompok.

KENAPA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS NI?

Penyebab rambut gugur adalah berbeza mengikut individu seperti genetik, tekanan, hormon, bahkan gaya hidup.

Namun tahukah anda, pengambilan ubatan tertentu juga boleh menjadi punca kepada masalah rambut gugur? Jom baca!

  1. Sejarah Keluarga (Keturunan)

Keguguran rambut akibat genetik atau disebut alopecia androgenetik ini boleh berlaku pada lelaki dan juga wanita. Tahukah anda Prince William telah dinobatkan sebagai Lelaki Botak Terseksi pada tahun 2023? Hebat bukan? Prince William antara 1 dalam 100 orang di dunia yang turut mengalami kebotakan di bahagian depan hingga tengah kepalanya yang disebabkan keturunan.

  1. Hormon yang Tidak Stabil

Selain penyakit tiroid dan diabetes, dihydrotestosterone (DHT) juga boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkan rambut gugur jika melebihi tahap normal. Hormon ini boleh meningkat seiring dengan penuaan atau disebabkan oleh faktor genetik.

  1. Diet

Diet!!! Ya betul diet juga merupakan faktor penting yang boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Tahukah anda sekiranya anda tidak mendapatkan protein yang mencukupi dalam diet seharian, tubuh akan mendapatkan protein lain untuk fungsi badan lain dengan mematikan pertumbuhan rambut? Terkejut bukan? Begitulah aturan fungsi badan kita.

  1. Terlalu Stres dan Gaya Hidup  

Tekanan pun boleh sebabkan keguguran rambut? Ya, tepat sekali. Ramai orang mengalami masalah penipisan rambut beberapa bulan selepas mengalami ‘shock’ secara  fizikal, mental atau emosi. Hal ini  kerana stres boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut dan juga hormon badan.

Jangan cakap stress, kalau anda jenis yang suka merokok, peminat alcohol, dan suka tidur lewat atau kurang tidur, anda pun boleh hilang rambut, tahukah anda?

  1. Kesan Ubat Tertentu

Lebih umum di antaranya ialah ubat cair darah, ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blockers, ubat kemoterapi untuk rawatan kanser, kemurungan, arthritis, masalah jantung dan gout. 

DAH CUBA PELBAGAI PRODUK DAN RAWATAN TAPI MASIH TIADA PERUBAHAN DAN SEMUANYA TAK BERKESAN?

Jangan panik!

Masalah keguguran rambut boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat. Setiap rawatan keguguran tersebut perlulah sesuai dengan jenis keguguran rambut, kondisi pesakit dan yang paling penting perlu dapatkan khidmat rawatan pakar rambut gugur terulung di Malaysia, yang semestinya di Premier Clinic.

Berikut adalah beberapa rawatan umum untuk masalah rambut gugur:

  1. Minoxidil: Sesuai untuk rawtan awal kebotakan, merangsang pertumbuhan folikel dan anak rambut baru. Maka, ianya sangat sesuai untuk anda yang baru sahaja mengalami masalah botak di bahagian kepala.
  2. Finasteride: Pada awalnya ubat digunakan untuk merawat masalah prostat, akan tetapi preskripsi ubat ini juga boleh digunakan pada mereka yang mengalami masalah botak, terutamanya jenis androgenik alopecia.
  3. Transplantasi Rambut: Dikenali juga sebagai rawatan Tanam Rambut FUE, rawatan ini dilakukan dengan mengambil rambut dari bahagian donor area (kawasan folikel rambut aktif), diproses dan ditanam semula di bahagian yang memerlukan rambut atau botak. 
  4. Rawatan laser: Penggunaan cahaya laser merangsang pertumbuhan folikel rambut, seterusnya menguatkan rambut dari akar. Ia turut meningkatkan peredaran darah di kawasan tersebut, membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke folikel rambut.

 

LAGI AWAL ANDA BERTINDAK, LAGI BANYAK RAMBUT DAPAT DISELAMATKAN

Kurang keyakinan diri, jadi pendiam, rasa tidak mahu keluar je dari rumah ataupun selalu berselindung dengan topi? 

Jangan risau, kami sedia bantu anda dengan pelbagai rawatan. Di klinik rambut gugur Premier Clinic, kami melakukan rawatan hair transplant dengan menggunakan Teknik Follicular Unit Extraction (FUE). 

Premier Clinic sangat dikenali di kalangan selebriti di Malaysia untuk masalah rambut gugur kerana hasil yang amat memuaskan. Selebriti pun happy. 

Jika anda pun mahu happy dengan keterampilan anda atau ingin kelihatan lebih muda dari usia sebenar, dapatkan konsultasi dengan pakar rambut kami.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang rawatan rambut gugur lelaki, sila hubungi klinik pakar lelaki kami di:

 

Whatsapp: https://wa.me/60106621332
Call: +6010-662-1332
Email: contactus@premier-clinic.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Whatsapp