Dr Foo Wing Jian

DR FOO WING JIAN

DAYA PENARIK YANG MEMIKAT

Dr Foo Wing Jian merupakan doktor bertauliah LCP dan Pengarah Perubatan (Jabatan Rambut) yang berpangkalan di cawangan Premier Clinic Mont Kiara. Beliau juga mengetuai Jabatan Pemulihan Rambut di Premier Clinic. Bidang kepakaran Dr Foo merangkumi pemindahan rambut, prosedur peningkatan kesihatan seksual lelaki, pembentukan wajah (facial sculpting), rawatan pengangkatan kulit (lifting procedures) serta rawatan laser.

Pada kebiasaannya, beliau berada cawangan Mont Kiara kami.

Dr Foo terkenal dalam kalangan pesakit sebagai seorang doktor yang berkarisma, mesra, dan mudah didekati. Pesona peribadinya telah menarik minat pesakit tempatan mahupun antarabangsa. Dengan pengalaman menjalankan pelbagai prosedur pemindahan rambut, Dr Foo dikenali sebagai seorang yang sangat teliti dan mementingkan perincian dalam setiap rawatan.

KELAYAKAN

Dr Foo menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSI University dengan pencapaian cemerlang — graduan terbaik dengan Ijazah Kelas Pertama (Kepujian). Beliau kemudian meneruskan minatnya dalam bidang estetik dengan memperoleh Diploma dalam Perubatan Estetik daripada American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM), Amerika Syarikat.

Minat mendalam beliau dalam bidang estetik seterusnya mendorong beliau melanjutkan pengajian Sijil Pascasiswazah dalam Dermatologi daripada Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM). Di sini, beliau mempelajari kaedah merawat pelbagai masalah kulit berdasarkan jenis kulit yang berbeza, sekali gus memperkukuh kefahamannya tentang keadaan kulit manusia dan cara rawatan yang sesuai.

Bagi mendalami teknik pemulihan rambut, Dr Foo mengikuti Latihan Pascasiswazah Pemindahan Rambut di Georgia. Kursus ini memberi beliau pengetahuan mendalam tentang pemulihan rambut untuk lelaki dan wanita, termasuk teknik seperti Pemindahan Rambut, Hair Filler, Hair PRP, dan Hair Stem Cell.

Kini, Dr Foo merupakan antara doktor paling popular dimana beliau sesi konsultasi bersama beliau sentiasa penuh untuk prosedur pemindahan rambut di Malaysia. Berdasarkan kemahiran dan latihan yang dimiliki, kadar kejayaan hasil kerja beliau adalah tinggi. Beliau kini memegang jawatan Ketua Jabatan Pemindahan Rambut di Premier Clinic.

Selain itu, beliau turut diundang untuk menyertai pelbagai latihan lanjutan untuk memperkukuh ilmu dan kemahiran. Dr Foo merupakan KOL (Key Opinion Leader), penceramah dan jurulatih untuk rawatan Regenera Activa (Rambut) dan Wonder Prestige (Pembentukan Otot) di Malaysia. Beliau aktif dalam bengkel latihan dan sesi perkongsian teknologi ini bersama doktor tempatan dan antarabangsa.

Di samping itu, beliau juga merupakan pengerusi dan penceramah bagi Sesi Rambut di Aesthetic Medicine & Surgery Conference (AMSC) 2022.

Sepanjang kerjayanya, Dr Foo berpeluang bekerja di bawah bimbingan beberapa pakar dermatologi terkenal. Beliau memahami betapa besarnya harapan yang diberi oleh rawatan pemulihan rambut, dan berhasrat untuk memberikan peluang itu kepada setiap pesakit yang bertemu dengannya.

AWAL KEHIDUPAN

Perjalanan Dr Foo dalam bidang estetik bermula sejak beliau masih muda. Minat ini tercetus apabila beliau sendiri berdepan dengan masalah imej tubuh, keguguran rambut, dan keadaan kulit yang kurang memuaskan. “Keyakinan diri saya ketika itu sangat rendah, sehinggakan saya mengelak daripada melihat diri sendiri di cermin,” kata Dr Foo.

Dengan tekad untuk mengubah keadaan, beliau memulakan perjalanan transformasi diri yang berterusan. Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30kg, menjalani pemindahan rambut, dan melihat kulitnya semakin pulih, beliau mengekalkan penampilan menariknya sebagai peringatan tentang potensi luar biasa rawatan estetik.

Hari ini, Dr Foo berinspirasi untuk membantu orang lain mencapai versi terbaik diri mereka.

“Saya mengamalkan apa yang saya sampaikan, dan saya sendiri adalah bukti hidup bagaimana perubatan estetik mampu membawa perubahan yang menakjubkan. Perubatan estetik adalah cara terbaik untuk mengembalikan keseimbangan semula jadi pada wajah dan bentuk badan — kunci kepada kecantikan dan daya tarikan semula jadi,” jelas Dr Foo.

KEAHLIAN PROFESIONAL

Dr Foo aktif menyumbang kepada perkembangan amalan perubatan estetik di Malaysia. Beliau merupakan ahli berdaftar Majlis Perubatan Malaysia (MMC), International Society of Hair Restoration Surgery (ISHRS), Asian Association of Hair Restoration Surgery (AAHRS), American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM), Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM) serta Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia (MPCN).

MINAT PERIBADI

Pada waktu lapang, Dr Foo gemar mengembara ke seluruh dunia. Beliau menghargai keindahan alam semula jadi dan berasa bertuah dapat menyaksikan secara langsung cara hidup masyarakat di pelbagai negara, lalu membandingkannya dengan pengalamannya di tanah air. Perjalanan ini telah membuka minda beliau kepada pelbagai kemungkinan dan pendekatan baharu dalam menjalani kehidupan.

Sekiranya anda ingin bertemu dengan Dr Foo untuk sesi konsultasi berkaitan pemulihan rambut, rawatan anti-penuaan atau sebarang nasihat estetik, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami di +60-10-662-1332 atau contactus@premier-clinic.com.