Dr Kee Yong Seng merupakan pengasas bersama Premier Clinic dan salah seorang doktor yang paling berpengalaman di institusi ini. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Perubatan, memimpin hala tuju klinik dari segi kepakaran dan piawaian rawatan.
Bidang kepakaran beliau meliputi pengangkatan, penegangan kulit tanpa pembedahan, pembekuan lemak (cryolipolysis), rawatan laser, suntikan estetik, terapi sel stem, rawatan keguguran rambut, peremajaan kulit, serta prosedur peningkatan kesihatan seksual lelaki.
Dengan pengalaman luas dalam industri estetik, Dr Kee sering dijemput sebagai penceramah dan jurulatih untuk melatih pakar perubatan lain, termasuk sebagai jurulatih rasmi Ultherapy – teknologi pengangkatan wajah tanpa pembedahan untuk kulit kendur. Di Malaysia, beliau dikenali sebagai pelopor rawatan manhood augmentation filler tanpa pembedahan yang dilakukan secara profesional dan berkesan.
Kini, Dr Kee turut memfokuskan kepada penguasaan protokol Terapi Penggantian Hormon Bio-Identikal bagi memaksimumkan keberkesanan rawatan untuk meremajakan kesihatan menyeluruh, memperlahankan proses penuaan, serta meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan wanita.
Sebagai seorang doktor, beliau dikenali kerana sifatnya yang mesra, telus, dan komited terhadap kesejahteraan pesakit. Sepanjang kerjaya cemerlangnya, Dr Kee telah membina hubungan yang kukuh dengan ramai pesakit setia termasuk golongan berprofil tinggi.
Sebagai ahli pengasas, Dr Kee Yong Seng merupakan tenaga penggerak utama di sebalik kejayaan Premier Clinic.
Dr Kee memperoleh Ijazah Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau kemudian melanjutkan pengajian dan memperoleh Diploma dalam Perubatan Estetik daripada American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).
Pada awal kerjayanya, Dr Kee berkhidmat di beberapa hospital kerajaan dan pusat penjagaan kesihatan swasta, memegang pelbagai peranan termasuk anestesia, rawatan rapi (intensive care), dan saringan kesihatan. Dalam tempoh ini, beliau telahpun memupuk minat mendalam terhadap terapi hormon anti-penuaan.
Dr Kee turut memperoleh Diploma dalam Dermatologi Penjagaan Primer daripada Institute of Dermatology, Bangkok, diikuti Sijil Dermatologi dalam Penjagaan Primer daripada Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM).
Beliau merupakan pengamal perubatan estetik bertauliah LCP (Letter of Credentialing & Privileging), termasuk dalam kumpulan doktor terawal yang dianugerahkan kelayakan ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan pengalaman melebihi 16 tahun, Dr Kee telah membuktikan dirinya sebagai tokoh berpengaruh dalam industri estetik. Sebagai seorang doktor, beliau menawarkan kepakaran yang luas dan kemahiran yang mendalam demi memberikan rawatan terbaik kepada para pesakitnya.
Sebagai seorang pengamal perubatan, Dr Kee telah mendedikasikan kerjayanya untuk membantu membangunkan industri estetik tempatan. Beliau telah menjadi ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sejak tahun 2003 lagi. Dr Kee juga merupakan ahli aktif Society of Anti-Aging, Aesthetics & Regenerative Medicine Malaysia (SAAARMM) serta American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).
Selain itu, beliau juga merupakan ahli seumur hidup dan fellow member International Society for Cellular Therapy (ISCT), International Association for Stem Cell Transplantation (IASCT), Forum of Adipose Tissue & Stem Cell (FATS), serta ahli MERZ Center of Excellence untuk Xeomin, Belotero HA Filler, Radiesse dan Ultherapy.
Dengan rangkaian profesional yang luas dan etika kerja yang cemerlang, Dr Kee menjadi contoh teladan kepada para doktor dan kakitangan di Premier Clinic.
Di luar tugas sebagai doktor, Dr Kee merupakan seorang suami penyayang kepada isterinya dan bapa yang penuh kasih sayang kepada dua orang anaknya. Beliau gemar melancong tidak kira diadalam mahupun luar keluar negara bagi memperluaskan perspektif terhadap dunia, menikmati lawatan ke mercu tanda terkenal, serta membaca buku berkaitan keusahawanan.
Dr Kee merupakan seorang yang percaya kepada pendekatan holistik — merawat tubuh, minda dan jiwa secara menyeluruh melalui BIHRT, pemakanan seimbang, pengubahsuaian gaya hidup, terapi sel dan pendidikan minda bawah sedar. “Kunci kepada kehidupan sihat adalah tidak hanya menumpukan pada satu aspek dan mengabaikan yang lain. Kita memerlukan keseimbangan yang tepat dalam semua perkara untuk memastikan tubuh sihat dan minda tenang,” kata Dr Kee.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sesi konsultasi bersama Dr Kee, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp/Telefon di +60-10-662-1332 atau emel ke contactus@premier-clinic.com. Kami beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Contact
Eng/Malay Speaking
+6010–662 1332
(Contactable daily from 8am – 12am)
Chinese Speaking
+6012-773 2074
(Contactable from Mon to Sat, 10am – 7pm)
Premier 4Him belongs to
Alunan Majujaya Sdn Bhd
(1056972X)