Dr Nigel Ong

DR NIGEL ONG

PAKAR BIJAKSANA YANG KREATIF

Dr Nigel Ong merupakan salah seorang doktor kanan di cawangan Bangsar. Lebih gemar dikenali sebagai Dr Nigel, beliau ialah pakar dalam pembentukan tubuh (body sculpting), prosedur peningkatan prestasi kesihatan seksual lelaki, serta penyelesaian anti-penuaan. Dr Nigel juga berkemahiran tinggi dalam prosedur suntikan estetik (filler dan toksin botulinum).

Beliau merupakan jurulatih bertauliah bagi rawatan CoolSculpting, iaitu rawatan pembekuan lemak. Dr Nigel telah membantu ramai pesakit mencapai matlamat bentuk badan mereka, di samping melatih ramai doktor lain mengenai teknik rawatan yang betul.

Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam prosedur peningkatan prestasi seksual lelaki. Beliau berkelayakan dan terlatih untuk menjalankan prosedur seperti pembesaran zakar, P-shot, dan ZSR circumcision — antara rawatan yang mendapat permintaan tinggi daripada pesakit di cawangan KL City dan Bangsar.

Peribadi Dr Nigel yang mesra, mudah didekati, dan bersemangat menjadikannya disayangi ramai pesakit, seperti yang terbukti melalui ulasan dalam talian dan maklum balas pelanggan. Malah, kadar kepuasan pelanggan Dr Nigel adalah antara yang tertinggi di Premier Clinic, menyumbang kepada jumlah referral patient yang tinggi daripada mereka yang berpuas hati dengan hasil rawatan.

KELAYAKAN

Dr Nigel merupakan antara segelintir doktor perubatan estetik di Malaysia yang bertauliah LCP (Letter of Credentialing & Privileging) dalam Perubatan Estetik. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Perubatan di First Moscow State Medical University, Rusia. Di sini, beliau menerima latihan dalam kesihatan am dan kesihatan genital termasuk rawatan penyakit kelamin (STD). Pengajian ini juga mendedahkan beliau kepada pelbagai jenis pembedahan wajah seperti pembuangan kulit (skin excision), pemindahan kulit (skin grafting), dan pengurusan rawatan luka.

Setelah bejaya menggengam segulung ijazah perubatan dan berkhidmat dalam sektor awam selama beberapa tahun — termasuk di Hospital Ampang, Hospital Ipoh dan Hospital Serdang — beliau meneruskan pengajian di American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM) dan memperoleh sijil rasmi. Sebagai pengamal perubatan estetik, beliau merupakan doktor bertauliah untuk pelbagai rawatan utama seperti CoolSculpting, pembentukan wajah (facial augmentation), dan peningkatan prestasi seksual lelaki.

Dr Nigel menyertai Premier Clinic pada tahun 2017. Secara keseluruhan, pengalaman beliau dalam bidang perubatan termasuk estetik menjangkau lebih 9 tahun. Pendedahan kepada pelbagai disiplin perubatan telah memberikan beliau perspektif yang lebih luas terhadap keperluan pesakit dan rawatan yang sesuai untuk mereka.

Sebagai sebahagian daripada pasukan doktor Premier Clinic, Dr Nigel sentiasa mengikuti proses pembelajaran berterusan dengan menghadiri seminar dan bengkel bagi memperluaskan bidang kepakarannya.

KEAHLIAN DALAM PERTUBUHAN PERUBATAN

Dr Nigel aktif menyertai pelbagai persatuan perubatan bagi memperluaskan rangkaian, pengetahuan dan pengalamannya bersama pengamal perubatan lain. Beliau kini merupakan ahli Malaysia Medical Association (MMA), American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM), SAAARMM – Society of Anti-Aging, Aesthetics & Regenerative Medicine Malaysia, serta MSAM – Malaysia Society of Aesthetic Medicine. Beliau juga kerap dijemput sebagai tetamu di persidangan antarabangsa dalam bidang perubatan estetik.

Selain itu, beliau merupakan ahli aktif MPCN – Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia.

MINAT PERIBADI

Dr Nigel sangat menghargai pengalaman mengembara yang membolehkan beliau menyelami budaya di setiap destinasi yang beliau kunjungi.

Selain sebagai pengembara, beliau juga seorang pencinta muzik. Dr Nigel gemar mendengar pelbagai genre muzik serta bermain gitar dan ukulele pada waktu lapang. Bagi beliau, muzik ialah bahasa sejagat yang mampu dinikmati semua orang — medium untuk mengekspresikan fikiran dan perasaan melalui alunan nada dan bunyi, walaupun tanpa sepatah kata.

Bagi memastikan penampilan sentiasa kemas dan keyakinan terjaga, Dr Nigel percaya senaman merupakan kunci untuk kekal sihat dan cergas. “Saya suka bersenam dan ke gimnasium. Senaman bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga untuk tampil YAKIN. Usia bagi saya hanyalah angka,” ujar beliau. Menurutnya, manusia sering menilai berdasarkan tanggapan pertama, maka penampilan dalaman dan luaran sama-sama penting.

Walaupun bersemangat dalam bidang perubatan moden, Dr Nigel juga seorang yang berpegang teguh pada nilai spiritual. Baginya, agama adalah asas kepada keutamaan yang tulen dan mendorong seseorang menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Setiap hari merupakan peluang baharu untuk belajar bagi Dr Nigel.