RAMBUT GUGUR SEBAB GYM? JANGAN SAMPAI BOTAK DEMI SADO!

RAMBUT GUGUR SEBAB GYM? JANGAN SAMPAI BOTAK DEMI SADO!

Anda mula pergi gym untuk turunkan berat badan, bina otot, dan jalani gaya hidup lebih sihat. Berpeluh kat gym memang bagus untuk bina badan – tapi ada satu perkara yang buat ramai lelaki tertanya-tanya – adakah semua usaha keras tu boleh sebabkan rambut gugur? 

Jom kita tengok sama ada mengejar otot tu boleh datang sekali dengan masalah rambut gugur. Jawapannya mungkin buat anda terkejut. Artikel ni akan mengupas bagaimana rutin fitness dan hormon anda boleh membawa kesan pada rambut gugur, dan tunjuk cara supaya otot dan rambut anda kekal kuat dan sihat.

 

Senaman Dan Rambut Gugur – Ada Kaitan Ke?

Siapa sangka sesi gym anda ada kaitannya kat rambut? Dengar pun rasa pelik kan?

Tapi betul! Masa anda makin kuat kat gym, rambut anda mungkin tengah rasa kesannya sikit-sikit. Jadi, apa kaitannya? Jom kita selami.

  • Workout kuat boleh naikkan testosteron

Biasanya, workout kuat boleh naikkan tahap testosteron, bagus untuk bina otot dan tenaga. Tapi, testosterone tinggi ni boleh buat hormon DHT naik jugak. DHT ni lah yang penyebab rambut gugur dan rambut makin nipis.

  • Overtraining boleh buat stress naik

Bak kata ramai, jangan terlalu stress dengan kerja. Itu kita faham. Tapi tahukah anda, stress dari overtraining pun boleh naikkan hormon cortisol?! Hormon ni ganggu kitaran rambut, susah nak tumbuh dan senang gugur.

  • Diet tiba-tiba berubah

Kalau tiba-tiba potong karbo atau terlalu kuat sekali bersenam, badan boleh terkejut dan rambut jadi kurang sihat, lebih mudah gugur.

 

Suplemen Gym Boleh Kacau Rambut Anda Ke?

Bukan semua suplemen gym buat rambut gugur, tapi ada yang memang boleh, macam steroid anabolic. Creatine selalu kena dipersalahkan, tapi kajian tak confirm lagi. Creatine mungkin sikit je naikkan DHT, tapi dia tak terus buat rambut gugur. Yang penting:

  • Berapa kerap anda makan supplement itu
  • Dos yang anda ambil
  • Macam mana badan anda respon

 

Setiap orang lain, so anda kena faham badan anda sendiri untuk jaga rambut sambil terus gym.

 

Bukan Setakat Peluh Je Yang Anda Hilang

Jangan pandang remeh tanda-tanda ni, bila anda mula perasan petandanya, tindakan awal boleh elak rambut gugur teruk.

  • Rambut makin nipis kat tepi dahi atau atas kepala – tanda awal botak lelaki.
  • Kulit kepala gatal atau iritasi lepas workout – peluh dan topi ketat boleh bagi kesan.
  • Rambut gugur lebih banyak masa mandi atau styling.
  • Rambut nampak nipis dan tembus cahaya lampu terang.
  • Rambut baru lambat tumbuh kat kawasan yang dulunya tebal.

 

Jadi Apa Cara Nak Selamatkan Rambut?

Kalau anda baca ni, confirm anda tengah cari jalan nak lawan DHT tu! Jadi macam mana nak stop rambut gugur?

Tips jaga rambut untuk peminat gym

  • Minum air cukup – Badan dan kulit kepala kena hydrated.
  • Makan seimbang – Protein, zat besi, zinc, dan lemak sihat penting untuk rambut.
  • Elak diet ekstrem – Bulking atau cutting gila-gila boleh kacau rambut.
  • Jangan overtrain – Stress tinggi = cortisol naik = rambut susah tumbuh.

 

Kalau dah buat semua ni tapi masih struggle dengan genetik rambut gugur, boleh cuba rawatan canggih dan terkini macam Hair Fillers.

Hair Fillers ni pilihan smart untuk lelaki yang tak ready buat transplant penuh tapi nak hasil yang nampak. Ia rawatan suntikan tanpa pembedahan yang:

  • Tambah volume rambut – tampak lebih tebal
  • Stimulasi rambut tumbuh kat kawasan nipis atau gugur

Hair fillers biasanya ada campuran peptides, vitamin, dan growth factors yang bagi nutrisi kat kulit kepala dan aktifkan folikel rambut yang tidur. Doktor akan cucuk bahan ni guna jarum halus kat kawasan tertentu, especially kat garis rambut dan tempat nipis. Ini bagi bahan aktif sampai tepat kat tempat yang diperlukan. Lepas beberapa kali rawatan, rambut makin tebal dan sihat. Sesuai sangat untuk yang nak result tanpa downtime atau pembedahan.

Kalau nak yang lebih advance, ada juga Transplan Stem Cell Rambut – prosedur kurang invasif guna stem cell dari badan sendiri (biasanya dari lemak) untuk regen rambut baru dan aktifkan folikel.

 

Jadi, Sebelum Anda Bergegas Cancel Keahlian Gym Tu…

Apa kata call dulu Premier4Him, klinik pakar rambut gugur untuk buat temujanji dengan doktor dan tahu lebih lanjut tentang solusi rawatan rambut gugur lelaki dan rawatan rambut botak yang kami ada untuk anda?

Contact kami hari ni kat +6010-662-1332.

Reference

https://www.muscleandfitness.com/features/from-our-partners/hair-loss-myths-busted-the-role-of-fitness-in-thinning-hair/

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Have Questions? Call/ Whatsapp Us Now

English / Malay: +6010-662 1332  (Reachable 8am – 12 midnight, 365 days)

Mandarin: +6012-773 2074 (Reachable 10am – 7pm, Monday to Saturday)

Location

Bangsar Branch
Find us on Google Maps

KL City Branch
Find us on Google Maps

Mont Kiara Branch
Find us on Google Maps

Taman Tun Dr Ismail Branch
Find us on Google Maps