Anda mungkin pernah dengar nama PrEP atau PEP – tapi betul ke anda tahu beza antara dua ni? Kalau anda seorang lelaki yang aktif secara seksual, dan terutamanya jika ada risiko tinggi terkena jangkitan HIV, anda kena faham benda ni betul-betul. Ini bukan soal takut ke tak takut, ini soal jaga kesihatan diri dan orang yang anda sayang.
Dalam blog ni, kita explain dengan cara paling senang faham, apa itu PrEP dan PEP, siapa yang patut ambil, dan bila masa paling sesuai untuk mula rawatan. Sebab bila bab HIV ni, cepat bertindak = nyawa selamat.
PrEP vs PEP: SIAPA JAGA SEBELUM, SIAPA BACKUP SELEPAS?
Apa Itu PrEP?
PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) adalah ubat yang anda ambil sebelum terdedah kepada HIV. Maksudnya, anda ambil ubat ni sehari sekali secara konsisten, untuk melindungi diri sebelum apa-apa terjadi.
Macam “kondom versi pil” – tapi untuk dalaman.
Siapa patut ambil PrEP?
- Lelaki yang ada pasangan seks ramai atau tak tetap.
- Lelaki yang selalu buat seks tanpa kondom.
- Kalau pasangan anda HIV-positif.
- Atau anda sendiri rasa gaya hidup anda berisiko tinggi.
PrEP ni berkesan sehingga 99% kalau diambil dengan betul, dan anda masih kena buat ujian HIV secara berkala. Dia tak ganti kondom, tapi dia bagi anda satu lagi lapisan perlindungan yang solid.
Apa Itu PEP?
PEP (Post-Exposure Prophylaxis) pula adalah ubat yang anda ambil lepas anda TERdedah kepada HIV. Contohnya:
- Melakukan hubungan seksual tanpa kondom dengan pasangan yang status HIV tak pasti.
- Jarum tercucuk masa guna dadah.
- Atau kejadian luar kawalan, seperti rogol.
PEP kena dimulakan dalam masa 72 jam (3 hari) selepas pendedahan – lagi awal, lagi baik. Selepas itu anda kena teruskan ubat selama 28 hari tanpa tinggal.
Jangan tunggu sampai rasa tak sedap badan – PEP ni bukan ubat “penenang perasaan”. Dia hanya berkesan kalau diambil cepat dan konsisten.
Prep Vs Pep: Analogi Paling Senang Nak Faham
Bayangkan PrEP ni macam seatbelt.
Kita pakai sebelum kemalangan – untuk elak kecederaan.
PEP pula ibarat airbag.
Dia bantu lepas kemalangan dah berlaku – damage control.
Dua-dua penting.
Satu untuk persediaan, satu lagi untuk tindakan kecemasan.
Senang Cakap:
| SITUASI | AMBIL APA? |
| Sebelum berisiko / untuk perlindungan jangka panjang | PrEP |
| Lepas terdedah secara tak sengaja / tanpa perlindungan | PEP |
Bila Dah Terlambat Untuk Prep?
Kalau dah terdedah dan belum mula PrEP, anda tak boleh mula PrEP masa tu.
PEP je yang boleh bantu – tapi kena cepat!
Kalau lambat sangat bertindak, memang dah tak ada perlindungan langsung.
Kenapa Lelaki Kena Ambil Tahu?
Bro, jangan ingat HIV ni masalah orang lain je, tapi realitinya, ramai lelaki muda sekarang terkesan sebab kurang info dan maklumat mengenai HIV, malu nak bertanya, dan fikir “benda ni tak akan jadi kat aku”.
Kalau anda aktif secara seksual dan tak sentiasa pakai perlindungan – risiko tu tetap ada.
Lagi-lagi dalam dunia moden ni, kita guna dating app, kenal orang baru…
kadang-kadang ‘trust’ lebih dari langkah berjaga-jaga.
Jangan tunggu sampai nasi dah jadi bubur. Kalau anda tahu diri anda ada risiko, ambil langkah sekarang. Sama ada dengan mula PrEP secara konsisten, atau simpan info pasal PEP kalau apa-apa jadi.
Mitos Yang Kena Buang:
“Saya straight, tak perlu risau pasal HIV.”
HIV tak kenal orientasi – ia tentang tingkah laku berisiko.
“PrEP & PEP hanya untuk orang gay.”
Tak betul. PrEP & PEP untuk semua orang yang nak lindungi diri.
Kalau Anda Tengah Fikir:
“Eh, aku pernah jugak lah risky sikit tu hari…”
atau
“Aku nak elak dari kena HIV tapi tak tahu nak mula kat mana.”
Kalau rasa situasi anda mungkin perlukan PrEP atau PEP,
jangan teka-teka sendiri.
Kadang bukan pasal malu – tapi lambat bertindak yang buatkan kita menyesal.
Kalau Ragu-Ragu, Tanya Sekarang, Bukan Nanti
Contact je team klinik kesihatan lelaki Premier4Him, atau pergi ke klinik kesihatan HIV kerajaan yang ada bahagian rawatan penyakit berjangkit. Tak perlu malu, tak perlu risau – semua maklumat dirahsiakan dan doktor memang terlatih untuk handle kes macam ni. Kat klinik kesihatan lelaki Premier4Him, kita akan explain semua – cara selamat, selesa dan tanpa judgement.
Call kami sekarang di talian +6010-662-1332.
Rujukan
https://www.myhivteam.com/resources/prep-vs-pep-whats-the-difference-and-whats-more-effective