Cara Mendapatkan Rawatan Transplan Rambut Di Kuala Lumpur

Cara Mendapatkan Rawatan Transplan Rambut Di Kuala Lumpur

Goodbye to balding

Anda mengalami masalah botak?

Masalah botak pastinya memberi impak yang negatif kepada anda dan juga mana mana individu yang mengalami masalah yang sama. Hal ini kerana ia menyebabkan anda tampak lebih berusia, serta menyebabkan keyakinan diri anda berkurang. 

Semakin membimbangkan kerana semakin ramai orang yang mengalami masalah botak ini. Bukan sahaja kepada lelaki malah wanita juga tidak terlepas dari menghadapi masalah botak ini.

Pada kebiasaannya masalah botak adalah kesan jangka masa panjang bagi masalah keguguran rambut yang teruk.

Antara rawatan yang paling berkesan untuk mengatasi masalah botak ini adalah rawatan tanam rambut atau dikenali juga sebagai transplan rambut. Rawatan transplan rambut ini adalah prosedur semi-pembedahan dimana ia dilakukan dengan mengeluarkan folikel rambut dari mana-mana bahagian kepala dan menanamnya semula ke bahagian badan anda yang lain yang perlu seperti dibahagian depan kepala dan juga jambang.

Proses transplan ini dikenali sebagai Transplantasi Rambut Follicular. Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis prosedur iaitu Transplantasi Unit Follicular (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE). Kedua-dua kaedah ini dilakukan dengan diberikan bius setempat atau “local anaesthesia”. 

 

hair transplant

Apa itu Follicular Unit Extraction (FUE)?

Dalam artikel ini kami akan kongsikan dengan lebih terperinci mengenai rawatan FUE terlebih dahulu sebelum kami terangkan tentang cara untuk mendapatkan rawatan transplan rambut di Kuala Lumpur.

Follicular unit extraction (FUE) adalah teknik invasif minimum yang memindahkan folikel rambut dari kawasan penderma (donor area) ke kawasan penerima (recipient area). Kawasan penerima ditakrifkan sebagai kawasan kulit kepala yang mempunyai folikel rambut yang nipis, botak atau tiada. Manakala kawasan penderma pula adalah kawasan yang tidak terdedah kepada keguguran rambut. Kebiasaanya kawasan penderma adalah bahagian yang mempunya folikel rambut yang lebih sihat dan dalam keadaan yang baik.

Folikel rambut biasanya dituai dari bahagian sisi dan juga bahagian belakang kepala. Bilangan dan jenis cantuman akan berbeza-beza bergantung pada jenis rambut, kualiti akar rambut, warna dan saiz kawasan penerima.

Folikel rambut akan ditanam ke kawasan penerima menggunakan kaedah sisipan mikro. Folikel rambut perlu ditanam pada sudut yang betul dan sama dengan rambut lama untuk membolehkan pertumbuhan berlaku secara semula jadi. Sebahagian rambut dari cantuman FUE akan gugur (pada awal waktu pemulihan). Akan tetapi anda tidak perlu khuatir atau bimbang kerana anda akan dapat melihat pertumbuhan anak rambut yang ketara pada 3 hingga 4 bulan selepas prosedur.

hair transplant recovery

Step 1: Extraction of hair grafts

 

Cara Mendapatkan Rawatan Transplan Rambut

  • Mengenalpasti masalah rambut anda

Sebelum membuat sebarang keputusan samada anda memerlukan rawatan tanam rambut ataupun tidak, anda perlulah membuat temujanji bersama dengan doktor di mana-mana klinik transplant rambut KL. Temujadi bersama dengan doktor pakar adalah perlu bagi mengenalpasti masalah rambut, kelebihan rawatan, kesan sampingan rawatan serta kesesuai rawatan terhadap masalah yang dihadapi.

Sekiranya masalah rambut anda tidak begitu kritikal, kemungkinan doktor akan mencadangkan rawatan yang berlainan serta bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh anda mungkin hanya sekadar memerlukan rawatan menguatkan akar kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.

Akan tetapi sekiranya kondisi rambut anda berada di tahap teruk dan memerlukan rawatan menanam rambut, anda boleh lah pergi ke langkah seterusnya dimana mencari pakar yang terbaik untuk rawatan tanam rambut di Kuala Lumpur.

 

  • Mencari pakar yang terbaik untuk rawatan transplan rambut di Kuala Lumpur

Adalah sangat penting untuk anda mendapatkan perkhidmatan transplan rambut dari doktor pakar yang bertauliah serta klinik estetik yang berdaftar dengan KKM. Hal ini  bagi memastikan hasil rawatan yang terbaik serta dapat mengurangkan risiko semasa dan selepas proses rawatan. Anda boleh berkunjung ke klinik kami dan membuat temujanji bersama doktor pakar bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai rawatan transplan rambut terlebih dahulu.

Di Premier Clinic, rawatan tranplan rambut diketuai oleh Doktor Foo Wing Jian (Pengarah Perubatan) bahagian rawatan rambut. Beliau dibantu oleh staf dan jururawat yang terlatih serta professional. 

hair transplant by dr foo wing jian

 

  • Membuat tempahan dan mendapatkan rawatan transplan rambut di Kuala Lumpur

Sekiranya anda telah pasti dan faham mengenai rawatan transplan rambut ini, anda boleh membuat tempahan dan mendapatkan rawatan transplan rambut di mana mana klinik transplan rambut kl yang anda sukai. 

Temujanji rawatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan transplan rambut. Hal ini kerana rawatan transplan merupakan rawatan semi pembedahan yang mengambil masa yang lama. Oleh yang demikian, temujanji ada kemestian bagi memudahkan prosess penanam rambut dilakukan dengan teliti dan rapi.

Clinical facilities

 

  • Melihat hasil selepas rawatan transplan rambut di Kuala Lumpur

Secara amnya, hasil rawatan transplan rambut boleh dilihat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan. Jangan terkejut atau khuatir apabila sebahagian rambut yang ditanam gugur dalam tempoh ini. Transplan rambut merupakan rawatan jangka panjang yang menjanjikan hasil rawatan yang efektif dan memuaskan. Tempoh masa ini cukup bagi memberi masa kepada rambut anda untuk merangsang pertumbuhan rambut anda agar dapat tumbuh secara semulajadi.

Premier HairGro Pro 01

 

Kebaikan Rawatan Tanam Rambut

Rawatan tanam rambut atau transplant rambut adalah antara rawatan yang sangat disarankan oleh pakar sekiranya masalah rambut anda berada di tahap kritikal.  Terdapat pelbagai jenis rawatan lain yang dapat membantu merawat masalah rambut gugur dan botak. Akan tetapi ia tidak menjanjikan hasil rawatan seperti mana rawatan transplan rambut. Transplan rambut menjanjikan peratus 80-90% kejayaannya.

Walaupun anggaran kos rawatan FUE rambut transplant agak tinggi (RM 4,800 hingga RM 20,000), namun rawatan ini sangat berbaloi kerana kesan jangka panjangnya yang bersifat kekal dan semulajadi.

Antara kebaikan dan kelebihan lain rawatan tanam rambut ini adalah:

  • Tiada kesan parut di kawasan penerima atau penderma.
  • Hasil rawatan kelihatan lebih asli dan semulajadi
  • Kadar penyembuhan selepas pembedahan ini lebih cepat
  • Kadar kejayaan rawatan transplan rambut sangat tinggi (80-90%)

 

Kesan sampingan rawatan tanam rambut

Sejujurnya, tiada kesan sampingan yang teruk semasa dan selepas rawatan tanam rambut. Pesakit akan dibius terlebih dahulu di kawasan penderma dan penerima. Oleh itu tiada rasa sakit sepanjang rawatan dijalankan. 

Namun, anda mungkin akan mengalami sedikit bengkak dan sedikit berdarah hasil dari proses mengambil dan menanam folikel rambut anda di kawasan penderma dan penerima. Jangan risau kerana bengkak anda akan surut dalam masa 24 – 48 jam atau selepas tiga hari paling lama.

 

FUE Hair Transplant Before After   FUE Hair Transplant Before After   FUE Hair Transplant Before After

Kesimpulan

Rawatan transplan rambut telah difatwakan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2011. Sekiranya anda ada mengalami masalah botak dan menyebabkan keyakinan diri anda hilang, anda boleh ikhtiar dengan melakukan rawatan tanam rambut dengan klinik-klinik yang anda percayai. 

Untuk menambahkan keberkesanan rawatan transplan rambut, pertimbangkan untuk menggunakan vitamin untuk rambut yang tersedia di Malaysia, yang dapat membantu memperkuat dan mempercepat pertumbuhan rambut baru. Selain itu, serum rawatan rambut juga boleh menjadi tambahan yang berharga dalam rutin penjagaan rambut anda, membantu memelihara dan melindungi rambut transplan anda agar tetap sehat dan kuat.

Kami sangat berbesar hati untuk membantu anda menyelesaikan masalah rambut gugur dan botak. Anda boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di alamat dan nombor yang tertera dibawah. Kami bersedia menjawab dan melayani segala pertanyaan mengenai rawatan, kelebihan rawatan rambut serta kesan sampingan.

WhatsApp/Hubungi: +6010-662-1332 (Eng/Malay) / +6012-773-2074 (Chinese speaking)

Emel: contactus@premier-clinic.com

References

Tags: , ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Whatsapp