Penyelesaian Kebotakan Rambut (Penyuntikan Sel Stem)

Penyelesaian Masalah Kebotakan Rambut: Pemindahan Sel Stem Rambut di Malaysia

Terapi sel stem sudah tidak asing lagi dalam dunia perubatan, dimana keberkesanannya kini mengubah rawatan keguguran rambut. Merupakan antara rawatan pemindahan rambut sel stem yang menawarkan harapan baru bagi mereka yang bergelut dengan masalah kebotakan. Menggunakan tiga jenis sel stem—embrionik, tali pusat, dan dewasa—prosedur terkini ini menjanjikan rangsangan pertumbuhan rambut secara berkesan dan selamat.

Di Premier Clinic, kami hanya menggunakan sel stem dewasa daripada sampel folikel pesakit dari kawasan yang mempunyai pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

APAKAH ITU PEMINDAHAN SEL STEM RAMBUT?

Pemindahan sel stem rambut adalah prosedur pemulihan rambut yang kurang invasif yang mana ia menggunakan sel stem untuk mengaktifkan sel rambut yang sihat. Teknik ini bukan sahaja membantu melawan keguguran rambut tetapi juga memperbaiki kualiti dan tekstur rambut.

Hair StemCells

BAGAIMANA PEMINDAHAN SEL STEM RAMBUT DILAKUKAN?

Doktor akan memulakan prosedur dengan mengekstrak sel stem (folikel rambut) dari kawasan penderma menggunakan jarum kecil. Sel stem kemudian dipisahkan dari sel tisu di dalam sebuah mesin yang dipanggil centrifuge. Sel stem kemudian ditanam kembali ke kulit kepala di kawasan yang mengalami keguguran rambut (kawasan penerima).

Proses ini akan membolehkan rambut tumbuh semula dengan sihat dan lebih kuat. Sel stem ini mampu membahagi dan memperbaharui sel rambut tersebut. Ia akan membantu memperbaiki tisu tertentu dalam badan dan menggantikan tisu yang rosak.

How does Stem Cell Hair Transplant work?
How does Stem Cell Hair Transplant work?

MANFAAT PEMINDAHAN SEL STEM RAMBUT

Terapi pemindahan sel stem rambut akan membantu folikel rambut menghasilkan pertumbuhan rambut baru di kawasan penerima.

Manfaat lain termasuk:

  • Merangsang dan menumbuhkan semula folikel rambut
  • Menyediakan bekalan sel secara berterusan
  • Merawat masalah kebotakan rambut
  • Parut yang sangat minimal hinggakan tidak kelihatan
  • Menjanjikan penampilan yang semula jadi dan lebih awet muda
  • Meningkatkan ketumpatan rambut

LANGKAH BERJAGA-JAGA MELAKUKAN PEMINDAHAN SEL STEM RAMBUT

Pesakit mungkin akan mengalami sedikit luka atau rasa sakit selepas prosedur. Akan tetapi jangan risau, ia akan berkurangan dalam tempoh 48 jam selepas prosedur dilakukan.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN SEL STEM RAMBUT

Rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan yang diketahui atau major, dan ia terbukti selamat. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan untuk sebarang rawatan terapi sel stem.

TEMPOH MASA PEMULIHAN UNTUK RAWATAN RAMBUT SEL STEM

Tiada masa pemulihan yang diperlukan untuk rawatan ini. Walau bagaimanapun, sesetengah aktiviti fizikal yang berat atau senaman berlebihan harus dielakkan selama seminggu.

Hair StemCells

SOAL JAWAB

Berapa lamakah prosedur ini?

Prosedur terapi sel stem ini akan mengambil masa sehingga 3 jam. Prosedur ini melibatkan 3 langkah asas iaitu pengambilan, pemisahan, dan proses pemindahan. Pesakit boleh kembali kepada rutin harian mereka pada hari berikutnya.

Berapa lama hasilnya bertahan?

Hasil terapi sel stem rambut mungkin bertahan sehingga 3 tahun. Walau bagaimanapun, kesannya akan berbeza dari seorang pesakit ke seorang pesakit yang lain bergantung pada tahap keguguran rambut, keadaan kulit kepala dan variasi semulajadi dalam sel yang diasingkan.

Bagaimana terapi sel stem rambut dilakukan?

Terapi sel stem rambut dilakukan dengan mengambil sel stem dari tubuh pesakit itu sendiri (seperti dari tisu lemak) atau dari penderma. Sel stem kemudian disuntik ke dalam kulit kepala, di mana ia boleh merangsang pertumbuhan dan regenerasi rambut.

SEBELUM & SELEPAS RAWATAN SEL STEM RAMBUT

Hair Stem Cells Before After
Hair Stem Cells Before After
Hair Stem Cells Before After

Rawatan Pemindahan Sel Stem Rambut yang Mampu Milik

Ingin tahu mengenai harga rawatan? Rawatan sel stem rambut rambut terbukti berkesan dan mesra bajet, menjadikannya tumpuan dan pilihan utama bagi mereka yang mencari rawatan pemulihan rambut berkualiti. Dengan teknik yang kurang invasif dan masa pemulihan yang lebih cepat, ia adalah pilihan yang baik bagi individu yang ingin mendapatkan kembali rambut mereka tanpa membebankan kewangan mereka. Kunjungi klinik Premier4Him dan rasai sendiri pengalaman menjalani rawatan sel stem rambut terbaik di Malaysia.

Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan mana-mana rawatan kosmetik yang lebih luas, Premier4Him sedia untuk membantu. Kami menyediakan pelbagai pilihan prosedur dari rawatan pemindahan rambut, mikropigmentasi kulit kepala, hingga ke perkhidmatan seperti pembesaran zakar, dan rawatan PRP. Pakar seksologi Malaysia kami sangat terlatih dan berkelayakan untuk memenuhi keperluan estetik anda yang dapat membantu anda kelihatan muda dan bergaya dari segi luaran dan dalaman.

DIMANA RAWATAN SEL STEM RAMBUT INI BOLEH DILAKUKAN?

Rawatan pemindahan sel stem rambut hanya boleh dilakukan dengan doktor yang bertauliah agar memastikan kadar kejayaan dan keberkesanan prosedur yang tinggi didalam masa yang sama untuk mengelakkan sebarang masalah semasa prosedur dilakukan. Doktor dan pasukan pemulihan rambut kami sangat berpengalaman dan terlatih untuk menjalankan kes pemindahan rambut. Kunjungi dan lawati kami untuk sesi konsultasi yang lebih terperinci bagi membantu anda memahami dengan lebih mendalam mengenai rawatan pemindahan rambut. Anda boleh juga menghubungi kami di cawangan kami di Bangsar Baru, Mont Kiara, TTDI and KL City

Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai rawatan:

WhatsApp/Hubungi: +6010-662-1332/ +6012-773-2074
Emel: contactus@premier-clinic.com

Hair StemCells
Whatsapp