Perbezaan Sunat Klamp dan Sunat Laser. Yang Mana Lebih Baik?

Perbezaan Sunat Klamp dan Sunat Laser. Yang Mana Lebih Baik?

sunat klamp

“DOC, SAYA NAK TANYA SIKIT. RISAU NI, SEBAB ADA BAU YANG TAK MENYENANGKAN BILA BANYAK BERPELUH. DAH DEWASA PANJANG NI, MASIH BOLEHKAN BERSUNAT?”

Bagi menjawab persoalan anda samada lelaki dewasa masih boleh bersunat, jawapannya, mestilah boleh.

Sunat lelaki dewasa menjadi suatu hal yang semakin sering ditemui di klinik-klinik, terutama di Kuala Lumpur dan Selangor. Bahkan terdapat juga segelintir golongan dewasa, umumnya yang beragama bukan Islam mula sedar akan kepentingan bersunat untuk menjaga kebersihan, sehingga mereka berminat untuk melakukan prosedur ini.

Sebenarnya, membuang kulup adalah lebih baik untuk kesihatan anda. Kajian menunjukkan bahawa bilangan sunat sukarela atau sunat dewasa lelaki yang dilakukan meningkat sebanyak 60% di seluruh dunia, dan hampir 55% lelaki di dunia disunat. 

“BAIK DOKTOR. TAPI, MANA BAIK, SUNAT LASER KE SUNAT KLAMP?”

Jawapan saya dua-dua sama sahaja. Laser merupakan salah satu kaedah sunat yang semakin popular untuk sunat lelaki dewasa, manakala kaedah klamp, dikenali juga sebagai berkhatan secara ZSR, pula merupakan teknik yang paling banyak ditawarkan oleh kebanyakan klinik sunat. Kedua cara samada sunat laser atau klamp ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Dalam artikel ini, kita akan meneroka perbezaan di antara sunat klamp vs laser.

  1. Teknologi yang Digunakan

Sunat laser dan sunat klamp memiliki perbezaan dari segi teknologi untuk memotong kulup, berikut penjelasannya:

  • Sunat Laser: Dalam sunat laser kategori sunat cara moden, lebihan kulit kulup akan dipotong melalui teknik kauteri atau diatermi yang menggunakan rod elektrik. 
  • Sunat Klamp: Sunat klem melibatkan penggunaan alat khusus berupa klem (tabung plastik khusus) yang memiliki pelbagai variasi ukuran sesuai dengan ukuran penis anda. 

 

  1. Prosedur

Tentu saja kedua metode ini memiliki prosedur yang berbeda, berikut perbedaan prosedur yang mendasar:

  • Sunat Laser: Sunat laser melibatkan hujung alat ini dipanaskan sehingga 1000 darjah selsius dengan kuasa elektrik dan kulup dianestesi terlebih dahulu. Kemudian, potongan dibuat dengan cara membakar kulit sambil mematikan salur darah dengan cara yang tepat dan terkawal. Proses sunat dengan laser agak cepat, iaitu selama 30-60 minit saja.
  • Sunat Klamp: Sunat klamp memerlukan penggunaan alat khusus seperti stapler yang dipasang ke dalam kepala penis yang memisahkan kulup dari kepala penis dan diketatkan (untuk menghentikan pendarahan) sebelum pemotongan dilakukan. Kaedah ini mudah, iaitu memotong terus kulit zakar tanpa menyebabkan pertumpahan darah di bilik bedah, oleh itu, memakan waktu yang sangat cepat, iaitu hanya sekitar 5-10 minit saja. 
  1. Pemulihan

  • Sunat Laser:  Salah satu kelebihan utama laser adalah ia prosedur yang secara relatifnya tidak menyakitkan. Disamping mampu membantu mengurangkan pendarahan dan risiko jangkitan, ia juga menghasilkan bekas luka yang kurang. Hanya perlu pastikan luka dijahit dengan teliti agar tidak berdarah dan kemas. Jadi waktu pemulihan pun lebih cepat berbanding dengan khatan klamp.  Jika anda jenis yang penakut, kaedah ini mudah jaga.
  • Sunat Klamp: Sunat klamp adalah satu pembedahan, dimana ia mempunyai risiko tersendiri seperti kehilangan darah dan jangkitan. Walau bagaimanapun, dengan sunat klamp, risiko-risiko ini dapat dikurangkan secara drastik. Staples akan diterapkan selama jangka waktu beberapa hari sebelum ianya gugur dengan sendiri.
  1. Komplikasi 

  • Sunat Laser: Kadar komplikasi pendarahan dan infeksi adalah rendah dibandingkan cara pisau dan gunting tetapi risiko lebih tinggi dibandingkan cara klamp. Luka jahitan perlu dicuci dengan antiseptik agar terhindar infeksi. Dalam beberapa kes, terdapat risiko kecederaan pada tisu sekitar jika laser tidak digunakan dengan betul. 
  • Sunat Klamp: Proses penjagaan sunat klamp yang mudah, tidak banyak kesan sampingan dari proses berkhatan secara ZSR. Pendarahan minimum mungkin dijangka berlaku. Ikutilah peraturan pembersihan yang disyorkan oleh doktor dan anda akan baik-baik saja.

Bila sebut mengenai harga untuk prosedur sunat, anda pasti berminat nak tahu, kan? Jom kita baca dengan lebih lanjut.

 

  1. Harga

Sunat Laser: Penggunaan laser adalah kaedah termoden untuk sunat, jadi satu kekurangan utama laser adalah ia lebih mahal daripada sunat klamp. Teknik ini memerlukan peralatan khusus dan pakar perubatan yang terlatih melaksanakan prosedur ini. Harga sunat laser adalah berbeza bagi setiap klinik kesihatan lelaki atau pusat perubatan.


Sunat Klamp: Sunat klamp, sebagai kaedah sunat yang lebih tradisional, harganya pun cenderung lebih murah. 

Masih tidak yakin dengan penerangan kami mengenai sunat klamp vs laser? Tidak mengapa scroll lagi untuk maklumat lanjut.

 

TAKUT KENA ‘REPAIR’ BALIK JIKA SUNAT CACAT? PILIHLAH DOKTOR YANG PAKAR

Secara kesimpulannya, klamp dan laser adalah dua kaedah yang berbeza. Kedua-dua teknik sunat ini  mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tidak salah ingin memilih cara apa, yang penting tukang sunat atau doktor itu seorang yang pakar dan terlatih. 

Oleh itu, jika anda sedang mempertimbangkan prosedur sunat laser ataupun sunat klamp, adalah penting untuk berunding dengan pakar pembedahan untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang risiko dan faedah prosedur tersebut, serta Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko komplikasi.

 

BERSUNAT SECARA KLAMP (ZSR) – TANPA JAHITAN & TIDAK MENYAKITKAN

Di Premier4Him, pakar sunat kami menawarkan sunat klamp di dua cawangan kami – Premier Clinic KL City dan Premier Clinic TTDI. Harga sunat dewasa secara ZSR adalah sekitar RM 2200 – RM 3000. Klinik kesihatan lelaki Premier kini menawarkan khatan ZSR hanya dengan harga RM 3,000. Ini termasuk perkhidmatan perundingan dan khidmat selepas rawatan.

Jika anda mencari sunat tanpa jahitan, bersih, dan tanpa rasa sakit dengan seorang doktor terlatih dan berpengalaman, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut atau tempahan sesi. Eksekutif perkhidmatan pelanggan kami yang mesra sedia membantu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam untuk menjawab sebarang pertanyaan. Anda juga boleh terus mengunjungi klinik sunat smart klamp kami pada bila bila masa.

Selain daripada perkhidmatan sunat, kami juga terkenal sebagai klinik besarkan zakar di Malaysia yang menawarkan pelbagai rawatan kesihatan lelaki yang lain. Antaranya kami  suntik zakar untuk meningkatkan keyakinan diri, kami menyediakan solusi yang selamat dan berkesan. Selain itu, kami turut menyediakan rawatan rambut botak untuk membantu anda mendapatkan rambut yang lebih lebat dan sihat. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan-perkhidmatan ini dan bagaimana kami boleh membantu anda mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

 

Whatsapp: https://wa.me/60106621332

Panggilan: +6010-662 1332

Panggilan: +6012-773 2074 (Bahasa Cina)

Emel: contactus@premier-clinic.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Whatsapp